Network School didapati langgar syarat pelesenan

Keputusan mesyuarat penuh khas MBIP berhubung aktiviti Network School di Forest City
Keputusan mesyuarat penuh khas MBIP berhubung aktiviti Network School di Forest City
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) membatalkan lesen perniagaan NSO Malaysia Sdn Bhd (Network School) di Forest City serta mengarahkan semua aktiviti syarikat itu dihentikan berkuat kuasa esok susulan beberapa pelanggaran syarat pelesenan.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Penuh Khas MBIP selepas penelitian terhadap laporan pemeriksaan, dapatan penguatkuasaan dan representasi yang dikemukakan syarikat berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] 19 individu dikaitkan Network School masih gagal dikesan

Batal lesen, permit Network School jika langgar undang-undang - Tunku Mahkota Ismail

Network School tangguh pelaburan baharu di Malaysia, pengasas mohon jaminan kerajaan

MBIP dalam kenyataan media pada Selasa memaklumkan pemeriksaan serta naziran terhadap aktiviti syarikat itu dijalankan pada 12, 14, 19 dan 20 Julai lalu.

Menurut kenyataan itu, sebuah premis di Teluk Bintang, Jalan Forest City 5 didapati beroperasi tanpa lesen perniagaan.

"Sehubungan itu, MBIP mengeluarkan Notis Henti Niaga di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MBIP) 2018," menurut kenyataan berkenaan.

Bagi sebuah lagi premis di lokasi sama, MBIP membatalkan lesen premis perniagaan dan lesen iklan selepas mendapati syarikat menjalankan aktiviti yang berlainan daripada kelulusan diberikan.

Artikel Berkaitan:

Syarikat itu turut didapati mempamerkan papan iklan yang tidak sama seperti permohonan diluluskan, sekali gus menyebabkan Notis Patuhi Syarat Lesen Iklan turut dikeluarkan.

MBIP menegaskan semua aktiviti perniagaan di bawah kawasan pentadbirannya perlu mematuhi undang-undang serta syarat pelesenan yang berkuat kuasa.

Menurutnya, pihak berkuasa tempatan itu tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan pendakwaan sekiranya syarikat berkenaan terus menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!