Lelaki ditahan bersama 3.1kg dadah MDMA

Dennis (tengah) menunjukkan dadah jenis MDMA yang dirampas dalam operasi, pada Ahad lalu.
Dennis (tengah) menunjukkan dadah jenis MDMA yang dirampas dalam operasi, pada Ahad lalu.
A
A
A

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang berjaya mematahkan satu kegiatan pengedaran dadah apabila merampas 3.1 kilogram (kg) dadah jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA) yang dianggarkan bernilai RM470,000 dalam serbuan di sebuah banglo di Teluk Air Tawar, Butterworth pada Ahad.

Dalam operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang itu, seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng berkata, suspek kini direman dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti peranan sebenar suspek selain mengesan individu lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan tersebut.

“Polis masih menjalankan siasatan bagi melengkapkan kes, justeru maklumat berkaitan sumber bekalan dadah serta kemungkinan penglibatan suspek dengan sindiket pengedaran yang lebih besar belum dapat didedahkan,” pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, di sini, pada Rabu.

Dalam perkembangan sama, Dennis berkata, kes rampasan dadah itu merupakan antara lapan kejayaan utama yang dicapai Polis Pulau Pinang membabitkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial serta beberapa operasi penguatkuasaan lain sepanjang tempoh berkenaan.

Polis Pulau Pinang merampas 3.1 kg dadah jenis MDMA di sebuah banglo di Teluk Air Tawar, pada Ahad.
Polis Pulau Pinang merampas 3.1 kg dadah jenis MDMA di sebuah banglo di Teluk Air Tawar, pada Ahad.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat kepada polis berhubung sebarang kegiatan jenayah termasuk pengedaran dadah.

Artikel Berkaitan:

“Kerjasama masyarakat amat penting bagi membantu polis membanteras jenayah. Sebarang maklumat yang diterima akan disiasat dan tindakan sewajarnya akan diambil,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Polis Pulau Pinang turut memperhebat operasi membanteras kegiatan perjudian haram menerusi Op Soga XI yang dijalankan dari 11 Jun hingga 19 Julai lalu.

Katanya, sepanjang operasi itu, sebanyak 31 serbuan dilakukan dengan 36 individu ditahan serta 31 kertas siasatan dibuka.

“Daripada jumlah itu, 24 kertas siasatan telah dituduh di mahkamah dengan 23 kes berakhir dengan pengakuan bersalah, manakala satu lagi masih dalam perbicaraan.

“Empat kertas siasatan masih dalam tindakan lanjut, manakala tiga lagi diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut berikutan bukti yang tidak mencukupi,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!