Hilang 11 hari, Rosnani masih belum ditemui

Rosnani disedari hilang oleh saudara juga jirannya pada malam 10 Julai lalu apabila melihat rumah wanita terbabit gelap dan motosikal tiada di parkir hadapan rumah.
Rosnani disedari hilang oleh saudara juga jirannya pada malam 10 Julai lalu apabila melihat rumah wanita terbabit gelap dan motosikal tiada di parkir hadapan rumah.
A
A
A

KOTA BHARU – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang sejak 11 hari lalu bermula di sungai Wakaf Stan ke Pengkalan Datu di sini pada Isnin.

Operasi membabitkan polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan itu dijalankan di kawasan sungai terbabit susulan penemuan motosikal milik Rosnani Mahmood, 62, di kedai makan lama di tepi sungai berkenaan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh, Pegawai Bomba Kanan I KUP Rosdi Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Kerian melalui talian MERS 999 pada jam 8.52 pagi.

Bomba yang tiba di sungai Wakaf Stan untuk operasi SAR. Foto: ADILA SHARINNI WAHID
Bomba yang tiba di sungai Wakaf Stan untuk operasi SAR. Foto: ADILA SHARINNI WAHID

Menurutnya, sepasukan anggota tiba di lokasi pada jam 9.17 pagi sebelum menerima taklimat daripada pihak polis dan memulakan operasi pencarian.

“Operasi dijalankan menggunakan kaedah pencarian di permukaan air di sepanjang Sungai Pengkalan Datu dengan menggunakan sebuah bot.

“Kawasan pencarian dilakukan sejauh enam kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat,” katanya pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Lokasi penemuan motosikal di kedai makan lama di tepi sungai. Foto: ADILA SHARINNI WAHID
Lokasi penemuan motosikal di kedai makan lama di tepi sungai. Foto: ADILA SHARINNI WAHID

Rosnani disedari hilang oleh saudara juga jirannya pada malam 10 Julai lalu apabila melihat rumah wanita terbabit gelap dan motosikal tiada di parkir hadapan rumah.

Motosikal milik Rosnani itu ditemukan pemancing di kawasan kedai makan lama yang sudah tidak beroperasi di tepi sungai pada Ahad.

Anggota bomba menjalankan operasi pencarian di permukaan sungai. Foto: ADILA SHARINNI WAHID
Anggota bomba menjalankan operasi pencarian di permukaan sungai. Foto: ADILA SHARINNI WAHID

Rosdi berkata, operasi itu membabitkan sembilan anggota dengan kekuatan sebuah jentera, sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton dan sebuah bot aluminium.

“Operasi ini dilaksanakan bersama pihak polis mengesan mangsa dan setakat ini masih diteruskan,” katanya

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!