PRN Negeri Sembilan: PH sasar menang 32 kerusi untuk bentuk kerajaan lebih stabil - Anthony

Anthony ketika berucap pada Majlis Makan Malam Pakatan Harapan sempena kempen PRN Negeri Sembilan. Foto Bernama
Anthony ketika berucap pada Majlis Makan Malam Pakatan Harapan sempena kempen PRN Negeri Sembilan. Foto Bernama
A
A
A

SEREMBAN - Pakatan Harapan (PH) menetapkan sasaran memenangi sekurang-kurangnya 23 daripada 36 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 pada 1 Ogos ini untuk memperoleh mandat lebih besar dan membentuk kerajaan negeri yang stabil.

Timbalan Pengerusi PH, Anthony Loke, yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, gabungan itu kini memiliki 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan memerlukan sekurang-kurangnya 19 kerusi untuk memperoleh majoriti mudah namun menegaskan bahawa mandat lebih besar diperlukan bagi memastikan pentadbiran yang stabil.

"Namun dengan hanya 19 kerusi, apa sahaja boleh berlaku... jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, kita perlu menyasarkan agar PH memenangi sekurang-kurangnya 23 kerusi.”

"Kita sudah buat kajian berdasarkan demografi kawasan dan pengundi, ada kerusi-kerusi yang kita mampu menang dan sasaran 23 kerusi tu adalah realistik,” katanya pada majlis makan malam PH di sini.

Turut hadir, Pengerusi DAP Kebangsaan, Gobind Singh Deo; Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin dan Ketua Wanita DAP, Teo Nie Ching.

ARTIKEL BERKAITAN: PRN Negeri Sembilan: Kempen patut tumpu tawaran bukan serangan peribadi - Anthony

PRN Negeri Sembilan: PH perlu terus diberi mandat laksana agenda Madani - Nie Ching

'Sepatutnya Pemuda PH desak Exco Perak, Pahang letak jawatan dulu' - Mohd Syahir

PRN Negeri Sembilan: Terima kasih MCA kerana nak 'bantu DAP' di tiga DUN - Anthony Loke

Artikel Berkaitan:

Anthony, yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, PH turut memohon mandat baharu daripada rakyat untuk meneruskan pentadbiran Negeri Sembilan di bawah kepimpinanan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, yang disifatkan beliau sebagai seorang pemimpin yang jujur, merendah diri dan mampu mengemudi kerajaan negeri yang inklusif.

"Kami mahu Aminuddin Harun terus kekal sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak melakukan sebarang kesalahan... beliau tidak terlibat dengan rasuah, tidak menyalahgunakan kedudukannya dan sentiasa menjadi seorang pemimpin yang merendah diri dan sedia bekerjasama dengan semua pihak.

"PH adalah satu kerajaan yang inklusif, satu kerajaan yang mewakili semua kaum, Melayu, Cina, India…kita mahu menjaga rakyat Negeri Sembilan tanpa mengira kaum dan agama. Ini adalah semangat dalam PH,” katanya sambil menambah kerajaan negeri yang stabil penting untuk memastikan kesinambungan projek pembangunan termasuk usaha menambah baik kesalinghubungan antara Seremban dan Kuala Lumpur.

Di peringkat nasional pula, beliau menggesa rakyat Malaysia menilai kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim secara objektif, dan menyifatkan bahawa Perdana Menteri telah berusaha memperkukuh kedudukan Malaysia di persada antarabangsa selain memperluas hubungan diplomatik serta ekonomi negara.

Anthony berkata, hubungan erat Malaysia dengan beberapa negara termasuk China, Amerika Syarikat, India, Turkiye, Brazil dan Rusia telah membantu memperkukuh perdagangan antarabangsa serta menyokong pertumbuhan ekonomi negara yang berterusan.

"Itulah sebabnya Malaysia tidak mengalami kekurangan bekalan bahan api seperti yang berlaku di sesetengah negara lain... kita terus menikmati bekalan yang stabil kerana mengekalkan hubungan baik dengan negara-negara pengeluar minyak,” katanya. - Bernama

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!