Cabar mencabar ujian baharu Kerajaan Perpaduan menjelang PRN Negeri Sembilan

Laporan muka depan Sinar Harian
Laporan muka depan Sinar Harian
A
A
A

KENYATAAN Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menggugurkan semua menteri dan timbalan menteri daripada mana-mana parti yang bertanding menentang Pakatan Harapan (PH) memperlihatkan tekanan politik yang semakin memuncak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Isu tersebut bukan sekadar berkisar tentang disiplin anggota pentadbiran, sebaliknya turut menyentuh persoalan konsistensi prinsip dalam Kerajaan Perpaduan.

Anwar menegaskan bahawa mana-mana menteri atau timbalan menteri tidak boleh menggunakan kedudukan mereka untuk menyerang rakan dalam kerajaan. Oleh itu, prinsip tersebut dilihat perlu diterapkan secara menyeluruh tanpa mengira parti.

Cabaran yang dibangkitkan Akmal juga hadir susulan gesaan Angkatan Muda Harapan (AMH) supaya semua menteri dan timbalan menteri daripada Barisan Nasional (BN) meletakkan jawatan selepas kerjasama BN dengan Perikatan Nasional (PN) di Johor dan Negeri Sembilan.

ARTIKEL BERKAITAN : 'Sepatutnya Pemuda PH desak Exco Perak, Pahang letak jawatan dulu' - Mohd Syahir

 PM ingatkan jangan serang rakan Kerajaan Perpaduan dalam kempen PRN

'Akmal berani cakap, suruhlah menteri, Exco Selangor letak jawatan' - AMK

PRN Negeri Sembilan: Undur jika guna pentas Persekutuan serang lawan

Jangan hanya BN, semua parti lawan PH perlu keluar Kerajaan Perpaduan - Akmal Saleh

Artikel Berkaitan:

Reaksi itu menunjukkan seolah-olah wujud kegusaran dalam kalangan komponen PH terhadap hala tuju politik BN di beberapa negeri.

Dalam konteks politik semasa, PRN sering menyaksikan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan bertembung sesama sendiri akibat perbezaan landskap politik negeri.

Keadaan ini menjadikan garis pemisah antara persaingan pilihan raya dengan tanggungjawab sebagai anggota pentadbiran semakin kabur.

Apa yang lebih penting ialah bagaimana Perdana Menteri mengimbangi keperluan mengekalkan disiplin Kabinet dengan realiti politik pelbagai parti yang mempunyai strategi berbeza di peringkat negeri.

Sebarang keputusan bakal menjadi penanda aras kepada kredibiliti pentadbiran beliau dalam menguruskan hubungan antara parti-parti komponen.

Isu itu dijangka terus menjadi perhatian sepanjang kempen PRN kerana ia bakal mempengaruhi persepsi rakyat terhadap kestabilan politik dan keutuhan gabungan yang memerintah negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!