Amaran serangan udara diaktifkan di Bahrain susulan serangan berterusan Iran

Kementerian Dalam Negeri Bahrain menggesa penduduk supaya bertenang dan menuju ke lokasi selamat yang terdekat. Foto Anadolu Ajansi
Kementerian Dalam Negeri Bahrain menggesa penduduk supaya bertenang dan menuju ke lokasi selamat yang terdekat. Foto Anadolu Ajansi
A
A
A

ISTANBUL - Amaran serangan udara diaktifkan di seluruh Bahrain pada Ahad ketika Iran terus melancarkan serangan peluru berpandu dan dron terhadap negara-negara Teluk di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak dengan Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu Ajansi.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Dalam Negeri Bahrain menggesa penduduk supaya "bertenang dan menuju ke lokasi selamat yang terdekat."

Ketegangan serantau semakin memuncak sejak minggu lepas apabila AS melancarkan serangan terhadap Iran dan Teheran bertindak balas dengan menyerang kemudahan serta pangkalan yang didakwanya digunakan oleh tentera AS di beberapa negara serantau, termasuk Bahrain.

Washington dan Teheran terus berbalas serangan meskipun memorandum persefahaman (MoU) hasil pengantaraan Pakistan telah ditandatangani pada Jun lepas bagi menamatkan perang dan mencapai perjanjian damai yang berkekalan. - Bernama-Anadolu

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!