Iran dakwa tembak jatuh dron MQ-9 AS - Laporan

IRGC Iran menembak jatuh sebuah dron MQ-9 milik Amerika Syarikat di ruang udara bandar Ahvaz. Foto Anadolu Ajansi
IRGC Iran menembak jatuh sebuah dron MQ-9 milik Amerika Syarikat di ruang udara bandar Ahvaz. Foto Anadolu Ajansi
A
A
A

ISTANBUL - Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran menembak jatuh sebuah dron MQ-9 milik Amerika Syarikat (AS) di ruang udara bandar Ahvaz di barat daya Iran, menurut penyiar milik kerajaan Iran, IRIB, pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Setakat ini, pegawai AS belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan itu.

Ketegangan antara AS dan Iran semakin memuncak sejak beberapa minggu kebelakangan ini berhubung Selat Hormuz, dengan kedua-dua pihak saling melancarkan serangan meskipun terdapat perjanjian rangka kerja yang diusahakan menerusi pengantaraan Pakistan bagi menamatkan konflik dan mencapai perjanjian damai yang berkekalan. - Bernama

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!