Lebih 1.9 juta penduduk dunia kini dijangkiti Covid-19

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

ANKARA - Kes jangkitan koronavirus (Covid-19) global sudah melepasi 1.9 juta pada Isnin dengan angka korban mencecah 118,459 orang manakala pesakit yang sembuh seramai 446,002, lapor agensi berita Anadolu memetik Johns Hopkins University.

Dengan sejumlah 1,904,566 kes direkodkan di seluruh dunia, setengah juta jangkitan dicatatkan di AS lebih 572,000 kes.

AS juga mencatatkan jumlah korban teramai melebihi 23,000 orang selain menjadi pusat penularan wabak baharu, disusuli Itali dengan 20,465 kematian.

Sepanyol pula negara kedua melaporkan kes tertinggi, 169,496. Sementara China, dengan 3,345 kematian dan lebih 83,200 kes.

Baru-baru ini, menurut data Hopkins, kematian setiap hari di China kekal pada nombor tunggal dan lebih 78,000 pesakit sembuh.

Virus kini merebak ke 185 negara sejak pertama kali muncul di China pada Disember. - Bernama

Artikel Berkaitan: