SPRM cari Mohamad Faizul

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki bagi tujuan penyerahan dokumen afidavit dan menghadiri prosiding pendengaran lucuthak di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur pada 20 Ogos ini.
SPRM dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan, individu berkenaan dikenali sebagai Mohamad Faizul Kamaruddin, 41, telah gagal dihubungi walaupun usaha mengesannya telah dibuat di sebuah flat Taman Tun Sardon Pulau Pinang.
"SPRM sedang mengesan Mohamad Faizul bagi penyerahan dokumen afidavit dan hadir prosiding pendengaran lucuthak di bawah Seksyen 41 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur," katanya.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Ahmad Nasharuddin Ab Razak di talian 019-3454565 atau talian 09-5716000 (Pejabat SPRM Negeri Pahang), atau emel kepada nasharuddin.razak@sprm.gov.my.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
