SPRM cari Lee Peng

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang wanita tempatan bagi membantu siasatan kes.
SPRM dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, individu itu ialah Choo Lee Peng, 58, mempunyai alamat terakhir di No 21, Selasar Rokam 32, Taman Ipoh Jaya,31350 Ipoh, Perak.
"Beliau dikehendaki bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Choo Lee Peng diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Mohd Ramadan Alias di talian 014-5012885 atau emel Ramadan.alias@sprm.gov.my," ujarnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
