SPRM cari Mohd Hafiz

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki tempatan untuk hadir sebagai saksi perbicaraan kes rasuah di mahkamah.
SPRM dalam kenyataan memaklumkan, individu itu ialah Mohd Hafiz Abdul Rahman, 44, mempunyai alamat terakhir di Kuarters IPD Sibu, Sarawak.
"Beliau dikehendaki bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
"Individu ini dikehendaki hadir sebagai saksi perbicaraan di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Sibu, Sarawak pada 13 hingga 15 Julai 2026," katanya pada Rabu.
Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan individu terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Jamal Ayub di talian 019-8553450 atau emel jamalayub@sprm.gov.my.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
