'Terima kasih sayang-sayang rakyat Malaysia' - Ibu syukur Syed Saddiq lepas, bebas

PUTRAJAYA - Ibu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz memanjatkan rasa syukur dan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak putus-putus menitipkan doa buat anaknya.
Dalam nada sebak, Sharifah Mahani berkata, perjuangan Syed Saddiq diharap boleh menjadi inspirasi buat golongan di luar sana untuk sentiasa berjuang mendapatkan kebenaran.
"Terima kasih sayang-sayang rakyat Malaysia semua yang sentiasa mendoakan anak saya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kami tahu perancangan Syed Saddiq, harap dapat diteruskan'- Hakim berseloroh
'Terima kasih sayang-sayang rakyat Malaysia' - Ibu syukur Syed Saddiq lepas, bebas
Bella tetap bersama walaupun dalam tempoh saya masih pesalah' - Syed Saddiq

'Nasi minyak is coming soon!' - Space Dollah
Keluarga Syed Saddiq jamu nasi lemak, lempeng kepada media dan petugas mahkamah
'Doakan undang-undang lindungi semua, sama ada kawan atau lawan' - Syed Saddiq
"Mudah-mudahan ia menjadi satu pengajaran buat anak muda, berjuang untuk kebenaran," katanya ketika sidang media di luar pekarangan kompleks mahkamah, di sini pada Isnin.
Bapanya, Syed Abdul Rahman Syed Abdullah turut menzahirkan rasa syukur di atas keputusan mahkamah yang berpihak kepada Syed Saddiq.
"Tak ada apa yang Abuyah nak cakap, cuma saya nak ucap terima kasih dan syukur kepada ALLAH SWT Yang Maha Esa kerana keputusan ini melegakan kami sekeluarga," ujarnya ringkas.

Syed Saddiq, 34, dibebaskan atas empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Menerusi keputusan majoriti 2-1, dua hakim, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah berpendapat, bekas Menteri Belia dan Sukan itu wajar dilepas dan dibebaskan.

Sementara Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais yang mempengerusikan panel tiga hakim, menjadi satu-satunya hakim yang berpandangan berbeza apabila mendapati Syed Saddiq bersalah.
Keputusan majoriti berkenaan sekali gus menyaksikan rayuan akhir pendakwaan ditolak, selain membebaskan Syed Saddiq daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada November 2023.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kami tahu perancangan Syed Saddiq, harap dapat diteruskan'- Hakim berseloroh
'Terima kasih sayang-sayang rakyat Malaysia' - Ibu syukur Syed Saddiq lepas, bebas
Bella tetap bersama walaupun dalam tempoh saya masih pesalah' - Syed Saddiq
'Nasi minyak is coming soon!' - Space Dollah
Keluarga Syed Saddiq jamu nasi lemak, lempeng kepada media dan petugas mahkamah
'Doakan undang-undang lindungi semua, sama ada kawan atau lawan' - Syed Saddiq
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
