X

Kindly register in order to view this article
!

Pengagihan bekalan makanan perlu lebih teratur

Kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor. -Foto Bernama
A
A

HULU LANGAT - Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) diharap dapat menyelaraskan makanan sesuai kepada golongan tertentu yang terlibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sungai Lui.

Makanan berkenaan dikatakan tidak sesuai untuk mereka yang berpenyakit seperti makanan dalam tin dan minuman manis selain isu bekalan yang diterima terlalu asas.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Dusun Tua, Edry Faizal Eddy Yusof berkata, penduduk Sungai Lui di bawah PKPD tidak mengharapkan makanan mewah dan cukup sekadar barangan segar asas yang ada nutrisi seperti bawang, telur, sayuran dan daging.

"Bagaimanapun, makanan diterima tidak sesuai dimakan oleh mereka yang berpenyakit seperti makanan dalam tin dan minuman manis," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Justeru, beliau merayu Nadma memberi perhatian terhadap perkara itu dan dapat mempermudahkan agensi kerajaan untuk mendapatkan bekalan barangan segar bagi kawasan PKPD selain menyemak kembali jenis barangan makanan bantuan yang telah ditetapkan," katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai aduan beberapa penduduk mengenai pengagihan bekalan makanan, katanya dalam soal ini kerajaan pusat seharusnya memberi lebih penekanan dan pemantauan.

"Saya ada terima aduan mengenai perkara ini, ada yang saya terima melalui Twitter dan saya sudah sampaikan kepada pihak berkaitan.

"Dalam soal ini, saya pihak adun tidak dilibatkan dalam mesyuarat dan sebagainya dalam soal pengurusan PKPD, cuma saya ada menghantar bekalan yang mana termampu dan soal pengagihan ia dilaksanakan agensi berkaitan," katanya.

Katanya, dalam soal ini tidak perlu menyalahkan agensi yang terlibat seperti JKM, namun apa yang penting adalah kementerian yang bertanggungjawab perlu lebih cakna dan peka.

"Agensi seperti JKM telah melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin kementerian yang bertanggungjawab perlu lebih prihatin dengan menambah peruntukan dan sebagainya," katanya.

Jelasnya arahan PKPD di bawah persekutuan dan ia perlu dipantau. Tak boleh isytihar PKPD macam itu saja tanpa melihat keadaan sesuatu tempat itu, semua tempat keadaan tak sama, ada situasi yang berlainan.

"Jadi dalam soal ini kementerian yang dipertanggungjawabkan mengurus agensi terlibat perlu lebih peka, kena pantau dari sistem bekalan dan pengagihan, jangan susahkan agensi terlibat, sama-sama bantu turun dan buat kerja," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!