X

Kindly register in order to view this article
!

UMNO Hulu Langat beri ikan kepada penduduk di Sungai Lui

UMNO Hulu Langat beri ikan kepada penduduk yang menjalani PKPD Sungai Lui.
A
A

HULU LANGAT – UMNO Hulu Langat hari ini mengagihkan ikan cencaru dan kembung kepada 500 penduduk yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sungai Lui.

Ketuanya Datuk Johan Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk di kawasan itu yang teringin menikmati hidangan ikan laut.

“Saya kemudian menghubungi beberapa rakan yang boleh menyumbangkan bekalan ikan seberat setengah tan bagi memenuhi hasrat penduduk di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Johan berkata, beliau dimaklumkan penduduk di kawasan itu hanya menerima bekalan asas daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Ada sebahagian daripada penduduk memaklumkan sudah lama tidak makan ikan,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati sebuah lori membawa bekalan ikan memasuki Dewan Orang Ramai Sungai Lui pada jam 10 pagi sebelum bekalan itu diagihkan kepada penduduk di kawasan itu.

Sebelum ini, tujuh kampung iaitu Kampung Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Kampung Gemi, Kampung Orang Asli Paya Lebar dan Kampung Orang Asli Sungai Gabai dikenakan PKPD bermula 30 Mac lalu hingga hari ini.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!