Fasa ketiga PKP: Sekatan jalan raya di Pulau Pinang ditambah

Polis Pulau Pinang menambah bilangan sekatan jalan raya bagi memperketatkan kawalan PKP di negeri ini.
Polis Pulau Pinang menambah bilangan sekatan jalan raya bagi memperketatkan kawalan PKP di negeri ini.
A
A
A

GEORGETOWN - Polis Pulau Pinang mempertingkatkan kawalan dengan menambah jumlah sekatan jalan raya di seluruh negeri bermula fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abdul Manan berkata, bermula hanya 21, kini pihaknya menambah kepada 40 sekatan jalan raya di seluruh Pulau Pinang.

Menurutnya, jumlah itu akan ditambah dari masa ke semasa bagi memastikan semua pihak mematuhi PKP selain memperketatkan kawalan di jalan raya.

"Kita bermula dengan hanya 21 sekatan jalan raya di lima daerah di negeri ini dan kemudiannya ditambah menjadi 24, 28, 30 dan terkini, 40 sekatan jalan raya. Kita akan tambah lagi bagi memastikan semua pihak mematuhi PKP yang kini masuk fasa ketiga.

"Selain sekatan jalan raya, kita juga memperketatkan kawalan di perairan yang melibatkan Pasukan Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Rondaan dibuat 24 jam di sempadan dan perairan kita," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini.

Pulau Pinang mempunyai 40 sekatan jalan raya sehingga hari ini dan akan menambah dari masa ke semasa.
Pulau Pinang mempunyai 40 sekatan jalan raya sehingga hari ini dan akan menambah dari masa ke semasa.

Beliau berkata, sejak 18 Mac hingga 10 April, pihaknya merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM423,010 melibatkan 149 kes dengan 197 tangkapan.

"Daripada 149 kes itu, 22 ditahan dalam sekatan jalan raya dan 69 ditahan ketika rondaan (snap check) dijalankan. Jika semua dadah tersebut terlepas, ia mampu membekalkan kepada lebih 56,000 penagih.

Artikel Berkaitan:

"Polis akan memperketatkan kawalan di sekatan jalan raya dan menambah bilangan rondaan bagi memastikan kegiatan jenayah termasuk dadah dapat dipatahkan," katanya.