Gunting rambut percuma untuk petugas barisan hadapan

Tacib's Barbershops menyediakan perkhidmatan gunting rambut percuma kepada petugas barisan hadapan.
Tacib's Barbershops menyediakan perkhidmatan gunting rambut percuma kepada petugas barisan hadapan.
A
A
A

SHAH ALAM - Tacob's Barbershops mengambil inisiatif menyediakan perkhidmatan gunting rambut percuma kepada petugas barisan hadapan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April ini.

Pengurus Tacob's Barbershops, Muhammad Nurhilmi Mohd Sobri berkata, sehingga kini, pihaknya telah menawarkan perkhidmatan tersebut untuk anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi, BBP Kajang dan BBP Semenyih.

"Kira-kira 100 orang anggota petugas barisan hadapan telah diberi perkhidmatan gunting rambut ini secara percuma," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam ada itu, Nurhilmi berkata, inisiatif itu akan diteruskan lagi selepas ini bagi membantu barisan hadapan yang bertungkus-lumus memastikan keselamatan negara terjamin.

Kata Nurhilmi, pihaknya juga menggerakkan inisiatif berkenaan mengikut operasi prosedur standard (SOP) ditetapkan dan meminta kebenaran ketua balai terlebih dahulu.

"Esok juga kita akan turun padang lagi untuk sampaikan perkhidmatan ini dan usaha ini dilaksanakan bersempena PKP ini," katanya.

Artikel Berkaitan: