Dua lelaki tunjuk gengster, guna pistol tiruan ditahan

Pistol tiruan dirampas daripada dua suspek yang terlibat dalam kes pukul dan ugut di Kota Tinggi, Johor.
Pistol tiruan dirampas daripada dua suspek yang terlibat dalam kes pukul dan ugut di Kota Tinggi, Johor.
A
A
A

KOTA TINGGI - Dua lelaki termasuk remaja berusia 16 tahun yang menggunakan pistol tiruan dalam kes pukul dan ugut ditahan di Taman Anggerik, Bandar Tenggara dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah, remaja itu bersama seorang lagi rakannya yang berusia 23 tahun ditahan jam 11.45 malam oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Bandar Tenggara.

"Hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod lampau dan juga negatif dadah. Mereka ditahan selama empat hari sehingga 15 April ini untuk membantu siasatan.

"Mereka disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksimum penjara setahun atau denda sehingga RM5000 atau kedua-duanya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, mereka juga melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya dan juga Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dihukum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Pada masa yang sama mereka juga melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

"Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau denda tidak lebih RM1000 atau kedua-duanya," ujarnya.

Artikel Berkaitan: