'Saya sedia jumpa keluarga suspek' - Bapa pelajar kes tikam

BANTING - Bapa kepada pelajar yang cedera ditikam di sebuah sekolah di sini menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan keluarga suspek.
Mohd Firuz Ibrahim, 43, berkata, setakat ini beliau belum menerima sebarang panggilan daripada keluarga suspek.
“Ya, saya bersedia untuk berjumpa... tengok keadaan dahulu macam mana,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Banting di sini pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada keluarganya bersedia memaafkan suspek berhubung kejadian yang menimpa anak keduanya yang berusia 15 tahun.
ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar perempuan kena tikam di sekolah
Kes tikam pelajar: Mangsa diberi rawatan, suspek pula ditahan polis-JPN
Remaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polis
'Anak saya ditikam 14 hingga 16 kali' - Bapa pelajar ditikam di sekolah
Menurutnya, beliau berharap tindakan sewajarnya dapat diambil terhadap pihak yang terlibat dan insiden berkenaan dijadikan pengajaran memandangkan kejadian itu berlaku di kawasan sekolah.
“Pada masa sama, saya berharap anak saya mendapat keadilan yang sewajarnya,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:
Remaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polis
Pelajar ditikam ketika waktu rehat, selepas beli roti di kantin
Kes tikam di sekolah: Suspek pelajar perempuan disiasat cubaan bunuh
Suspek kes tikam pelajar direman empat hari
Kes tikam pelajar: Peguam sahkan suspek OKU
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi pada Isnin, mangsa dilaporkan mengalami antara 14 hingga 16 kesan tikaman selepas diserang seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi dilaporkan berkata, suspek telah ditahan dan kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
