Pelajar ditikam ketika waktu rehat, selepas beli roti di kantin

Kejadian berlaku masa rehat bagi pelajar Tingkatan Tiga.
Kejadian berlaku masa rehat bagi pelajar Tingkatan Tiga.
A
A
A

KUALA LANGAT - Insiden tikam pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di sini dipercayai berlaku ketika mangsa baru selesai membeli roti di kantin.

Seorang pelajar mendakwa, suspek dipercayai memasuki kawasan kantin melalui laluan dari arah surau sebelum suasana bertukar kecoh.

Katanya, keadaan bertukar gempar sejurus kejadian dengan pelajar bertempiaran lari menyelamatkan diri.

"Kejadian berlaku masa rehat bagi pelajar Tingkatan Tiga.

"Masa kejadian, pelajar lain di situ terus lari selamatkan diri," katanya ketika ditemui di sini pada Isnin.

Tambahnya, kesemua pelajar kemudiannya telah diarahkan berkumpul di padang sekolah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Sebelum itu, insiden itu telah mendapat perhatian serius Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek apabila beliau hadir ke sekolah berkenaan kira-kira jam 1 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar perempuan kena tikam di sekolah

Remaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polis

Artikel Berkaitan:

Kes tikam pelajar: Mangsa diberi rawatan, suspek pula ditahan polis - JPN

'Anak saya ditikam 14 hingga 16 kali' - Bapa pelajar ditikam di sekolah

Usah buat spekulasi kes pelajar ditikam - Polis

Turut kelihatan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi yang meninjau lokasi kejadian.

Mohd Akmalrizal (lima dari kiri) hadir melakukan pemeriksaan berhubung kes tikam yang menyebabkan kecederaan seorang pelajar di sebuah sekolah di Banting pada Isnin.
Mohd Akmalrizal (lima dari kiri) hadir melakukan pemeriksaan berhubung kes tikam yang menyebabkan kecederaan seorang pelajar di sebuah sekolah di Banting pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, seorang pelajar berusia 15 tahun cedera ditikam di beberapa bahagian badan dalam insiden yang mengejutkan warga sekolah.

Suspek dipercayai memasuki kawasan kantin melalui laluan dari arah surau sebelum kejadian berlaku.

Suspek perempuan berusia 15 tahun yang memakai baju T-shirt hitam difahamkan tidak hadir ke sekolah sejak beberapa bulan lalu dan sedang menjalani rawatan kesihatan.

Pisau digunakan suspek.
Pisau digunakan suspek.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata, suspek kes terbabit telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!