PH Johor gesa Onn Hafiz hormati prinsip tanggungjawab bersama Kerajaan Perpaduan

Andrew Chen Kah Eng
Andrew Chen Kah Eng
A
A
A

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) Johor menggesa Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menghormati prinsip tanggungjawab bersama dalam Kerajaan Perpaduan susulan kenyataannya yang mempertikaikan beberapa dasar Kerajaan Persekutuan.

Wakil PH Johor yang terdiri daripada calon PH Stulang, Andrew Chen Kah Eng; calon Perling, Tee Boon Tsong; calon Skudai, Kartiyaini Jeyapalan; calon Tiram, Nor Zulaila Abd Ghani dan calon Johor Jaya, Lee Wern Yiing berkata, beberapa dasar yang dipersoalkan itu merupakan keputusan Kerajaan Persekutuan yang turut melibatkan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Dalam satu kenyataan bersama, PH Johor berkata, antara dasar yang dipertikaikan ialah pelaksanaan e-Invois, caruman dua peratus Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pekerja asing serta kewajipan pendaftaran majikan dengan Kementerian Sumber Manusia.

Menurut PH, Onn Hafiz tidak seharusnya melupakan bahawa Barisan Nasional (BN) dan UMNO merupakan sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan, malah lapan menteri UMNO menganggotai Jemaah Menteri.

"Onn Hafiz tidak seharusnya melupakan bahawa kerajaan hari ini ialah Kerajaan Perpaduan.

"BN dan UMNO merupakan sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan, dengan 8 menteri UMNO menganggotai Jemaah Menteri.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'

DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum - PM

Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan

Artikel Berkaitan:

'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'

PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?

PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - Amirudin

PKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - Aminuddin

Nak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu

"Setiap dasar kerajaan diputuskan secara kolektif di peringkat Kabinet, termasuk dengan persetujuan wakil-wakil UMNO," katanya.

PH berkata, sekiranya Onn Hafiz mempunyai pandangan berbeza terhadap mana-mana dasar berkenaan, saluran sewajarnya adalah melalui kepimpinan parti serta menteri-menteri UMNO dalam Kabinet.

"Malah, pemimpin-pemimpin UMNO sendiri pernah mengakui bahawa parti itu berjaya mempengaruhi keputusan Kerajaan Persekutuan dalam isu Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (URA).

"Ini membuktikan bahawa UMNO mempunyai ruang dan pengaruh untuk mengubah atau menangguhkan sesuatu dasar sekiranya benar-benar mempunyai pendirian yang tegas.

“Justeru, mengapa pendekatan sama tidak digunakan bagi isu e-Invois, caruman dua peratus KWSP pekerja asing dan pendaftaran majikan?

“Mengapa hanya apabila pilihan raya menjelang, dasar-dasar yang telah dipersetujui bersama dijadikan modal politik sehingga menimbulkan persepsi seolah-olah UMNO tidak terlibat dalam membuat keputusan?” katanya.

PH bagaimanapun mengakui setiap dasar baharu memerlukan penambahbaikan dari semasa ke semasa dan kerajaan sentiasa terbuka menerima pandangan pemain industri bagi memastikan pelaksanaan lebih berkesan serta mesra perniagaan.

Namun, katanya, adalah tidak bertanggungjawab untuk menggambarkan dasar terbabit semata-mata sebagai beban tanpa menjelaskan rasional, objektif dan manfaat jangka panjangnya kepada negara.

“Pendekatan sedemikian bukan sahaja mengelirukan rakyat, malah memberi gambaran seolah-olah parti beliau sendiri tidak mempunyai tanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat di peringkat Persekutuan,” katanya.

PH turut menyeru Onn Hafiz agar bersikap konsisten dan menghormati prinsip tanggungjawab bersama yang menjadi asas Kerajaan Perpaduan.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!