Hujan lebat tidak halang anggota polis mengundi awal

JOHOR BAHRU - Proses pengundian awal di Dewan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) No 2, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini berjalan lancar walaupun hujan pada jam 9.40 pagi.
Pegawai dan anggota polis dilihat masih beratur di bawah khemah di perkarangan dewan yang disediakan bagi menunggu giliran mengundi.
Di pusat pengundian awal itu, seramai 1,338 pegawai dan anggota akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang, termasuk Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad.

Untuk rekod, Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 menyaksikan persaingan sengit membabitkan 172 calon yang merebut 56 DUN Johor.
Tempoh berkempen bagi pilihan raya negeri kali ini berbaki tiga hari lagi sebelum 2.7 juta pengundi keluar mengundi Sabtu ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

