Mesej palsu babit pasar borong Ipoh

Mesej yang tular di media sosial semalam.
Mesej yang tular di media sosial semalam.
A
A
A

IPOH - Kementerian Kesihatan (KKM) tidak pernah mengeluarkan arahan meminta orang awam yang telah ke Pasar Borong Ipoh, minggu lalu hadir menjalani saringan koronavirus (Covid-19).

Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, siasatan mendapati, mesej yang tular di laman sosial sejak semalam itu tidak benar.

"Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta telah menjalankan siasatan terhadap mesej tular itu dan mendapati KKM tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan sedemikian.

"Sehingga ini, tiada sebarang kes dikaitkan dengan pengunjung Pasar Borong Ipoh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang ramai tidak mempercayai dan menyebarkan berita palsu yang boleh menimbulkan kerisauan masyarakat.

"Kita juga menasihatkan orang ramai lebih prihatin dan hanya mendapatkan maklumat sahih daripada KKM dari semasa ke semasa," katanya.

Terdahulu, tular satu mesej mengenai arahan KKM mengenai gesaan kepada orang awam yang telah ke Pasar Borong Ipoh pada Khamis, Jumaat dan Sabtu untuk hadir ke klinik kesihatan dan hospital untuk melakukan saringan Covid-19.

Artikel Berkaitan: