Kuasa bebaskan Najib hak Agong, bukan politik - Azalina

KUALA LUMPUR - Kuasa untuk membebaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada hukuman penjara terletak pada kuasa Yang di-Pertuan Agong.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, adalah tidak berasas mengaitkan perkara tersebut dengan mana-mana parti politik.
“Pada pandangan saya, kuasa membebaskan seseorang di penjara itu ialah Lembaga Pengampunan, kuasa Agong.
“Tidak ada kena mengena dengan politik,” katanya ketika temu bual khas bersama media Pusat Timbang Tara Antabangsa Asia (AIAC) di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu Najib yang juga bekas Ahli Parlimen Pekan yang kembali dimainkan dalam kempen pihak lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor mendakwa bahawa PRN Johor diadakan semata-mata kerana ada pihak yang mahu kembali berkuasa bagi tujuan membebaskan Najib.
Dalam ucapannya pada ceramah mega PH di DUN Serom pada Ahad, beliau turut menegaskan bahawa PRN Johor sebenarnya tidak perlu diadakan pada ketika ini.
Kenyataan Pengerusi PH itu mendapat reaksi pelbagai apabila kes Najib kembali disentuh dalam kempen pilihan raya kali ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

