Anwar gesa Felda segera selesai isu perumahan generasi kedua, pemilikan tanah

Anwar (kiri) menggesa Felda melipatgandakan usaha menyelesaikan isu yang sekian lama membelenggu warga peneroka. Foto FB Anwar Ibrahim
Anwar (kiri) menggesa Felda melipatgandakan usaha menyelesaikan isu yang sekian lama membelenggu warga peneroka. Foto FB Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR -  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) melipatgandakan usaha menyelesaikan isu yang sekian lama membelenggu warga peneroka khususnya membabitkan perumahan generasi kedua dan pemilikan tanah.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata, isu berkenaan tidak boleh terus dibiarkan berlarutan dan mahukan tindakan segera yang berpaksikan kepentingan warga Felda.

"Setiap permasalahan perlu diteliti secara cermat dan disusuli pelan penyelesaian yang jelas," kata beliau.

Anwar berkata, Kerajaan Madani akan terus memperkukuh Felda serta memastikan setiap ikhtiar yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada para peneroka dan keluarga mereka. - Bernama 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!