Remaja 19 tahun didakwa bunuh

Ahmad Azwanizam Zamri, 19, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pasir Puteh hari ini atas tuduhan membunuh, cubaan membunuh dan cubaan melakukan rogol.
Ahmad Azwanizam Zamri, 19, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pasir Puteh hari ini atas tuduhan membunuh, cubaan membunuh dan cubaan melakukan rogol.
A
A
A

PASIR PUTEH - [DIKEMAS KINI] Seorang remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Pasir Puteh di sini, hari ini atas tiga pertuduhan iaitu membunuh, cubaan membunuh dan cubaan melakukan rogol dalam kejadian di Bachok pada 30 Mac lalu.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh Ahmad Azwanizam Zamri, 19, sejurus ketiga-tiga pertuduhan itu dibacakan keatasnya.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh pada 30 Mac antara jam 5 hingga 7 pagi, di Lot 2792, Jalan Mujur, Bachok telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati mandatori apabila menyebabkan kematian ke atas Mohamad Norhazun Mohd Nor, 27.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa melakukan cubaan membunuh sehingga menyebabkan kecederaan terhadap Mohd Shahidan Mohamad Sabbri, 25, pada tarikh, waktu dan alamat yang sama dan mengikut pertuduhan itu, dia dituduh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara hingga 20 tahun.

Untuk pertuduhan ketiga, tertuduh telah didakwa dengan niat cuba melakukan rogol terhadap wanita juga pada tarikh, masa dan tempat yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 376 yang dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

Kes tersebut akan disebut semula di Mahkamah Majistret Bachok pada 9 Jun depan dan tiada sebarang jaminan ditawarkan ke atas tertuduh.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tunggal dirogol, lelaki maut ditikam

Sinar Harian 30 Mac lalu melaporkan, seorang lelaki bertindak kejam apabila bukan hanya merogol seorang ibu tunggal malah turut menikam seorang lelaki sehingga maut dalam kejadian di Kampung Mujur, Jelawat di Bachok.

Kejadian kira-kira jam 7 pagi itu tersebut turut menyebabkan seorang lelaki lain yang juga rakan kepada si mati cedera.

Artikel Berkaitan: