Terima kasih MPKK Perak

Farhash Wafa
Farhash Wafa
A
A
A

IPOH - Pakatan Harapan (PH) Perak menghargai sumbangan yang dicurahkan semua pengerusi dan ahli jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) selama 22 bulan berkhidmat kepada masyarakat di negeri ini.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, kesemua MPKK di Perak telah menjalankan tugas dengan cemerlang menjadi penghubung antara rakyat dan kerajaan.

Menurutnya, biarpun kerajaan negeri bertukar pentadbiran, MPKK tetap menjalankan tugas dengan dedikasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga dimaklumkan mengenai penamatan khidmat mereka.

"Kami ingin menzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua MPKK atas khidmat bakti sepanjang perkhidmatan cemerlang ketika pentadbiran kerajaan PH.

"Dalam masa berbaki ini juga, mereka terus berkhidmat sepanjang PKP walaupun dengan bantuan yang terhad dan sukar," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai keputusan kerajaan Perak menamatkan khidmat MPKK berkuat kuasa 30 April depan.

Sementara itu, Ketua Pemuda Amanah Perak, Khairol Najib Hashim turut memberikan penghargaan kepada semua lantikan MPKK sepanjang PH memerintah Perak selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menurutnya, walaupun mereka bukan lagi sebahagian jawatankuasa MPPK, Pemuda Amanah Perak mengharapkan agar khidmat bakti yang dilakukan selama ini tidak terhenti setakat begitu sahaja.

Artikel Berkaitan:

"Teruslah berkhidmat kepada rakyat walau jawatan tidak lagi berada di pundak bahu. Saya yakin dan percaya, prestasi tuan-puan sebagai jawatankuasa MPKK adalah yang terbaik dan wajar dipuji," katanya.

Beliau berkata, semua ahli jawatankuasa MPKK telah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi.

LINK BERKAITAN:- [Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/78522/EDISI/Perak/Khidmat-MPKK-di-Perak-ditamatkan-Exco]