Rakyat Sepanyol nyanyi Resistiré jadikan semangat lawan Covid-19

Lagu I Will Resist di laman sosial YouTube mendapat lebih 14 juta tontonan.
Lagu I Will Resist di laman sosial YouTube mendapat lebih 14 juta tontonan.
A
A
A

MADRID - Pakar perubatan dan petugas barisan hadapan di seluruh dunia termasuk Sepanol ketika ini sedang berusaha sedaya-upaya bagi membantu negara masing-masing keluar daripada kemelut penularan wabak koronavirus (Covid-19) ini.

Menerusi satu temubual wartawan Sinar Harian bersama seorang rakyat Malaysia yang menetap di Madrid, Sepanyol, Noor Azlin Razali berkata, semangat rakyat Sepanyol dalam menghadapi serangan wabak ini sangat luar biasa.

“Setiap hari jam 8 malam, semua rakyat Sepanyol akan keluar di balkoni (rumah masing-masing) menyanyikan lagu I Will Resist sambil bertepuk tangan sebagai tanda berterima kasih dan memberi semangat kepada petugas barisan hadapan di sana,” katanya.

Resistiré yang membawa maksud I Will Resist merupakan lagu yang dicipta khas negara Sepanyol untuk memberikan semangat kepada semua dalam melawan wabak Covid-19.

“Kami kekal bertenang dan bersatu hati. Buat masa ini, lagu ini ibarat lagu kebangsaan di sini,” tambahnya.

Sejak disiarkan di YouTube sejak 1 April 2020, muzik video Resistiré itu telah mendapat lebih 14 juta tontonan.

Artikel Berkaitan: