KKM rekod tiga kematian, 184 kes positif baharu

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang akhbar di sini sebentar tadi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang akhbar di sini sebentar tadi.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporan terdapat tiga kematian baharu akibat wabak koronavirus (Covid-19) direkodkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan itu menjadikan kumulatif kes kematian setakat jam 12 tengah hari tadi seramai 73 orang.

Menurutnya, kesemua kematian terbaharu itu melibatkan lelaki warganegara Malaysia yang berusia 60 tahun ke atas dan mempunyai latar belakang penyakit kronik.

"Sehingga 12 tengah hari, 11 April terdapat 184 kes baharu yang telah dilaporkan.

"Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,530 kes.

"Seramai 72 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 38 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya pada sidang akhbar di KKM di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, seramai 165 kes telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

"Ini menjadikan jumlah kes kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj dari wad adalah sebanyak 1,995 kes atau 44.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.

Artikel Berkaitan: