Lagu Corona dirakam minggu lepas, bukan 30 tahun lalu

Tangkap layar laporan suara.com mengenai lagu Corona nyanyian Bimbo.
Tangkap layar laporan suara.com mengenai lagu Corona nyanyian Bimbo.
A
A
A

JAKARTA - Band dari Indonesia, Bimbo menafikan khabar angin yang tersebar kononnya lagu nyanyian mereka berjudul Corona dicipta sejak 30 tahun lalu, sekali gus menepis dakwaan seolah-olah mereka meramal akan berlaku pandemik koronavirus (Covid-19).

Menurut laporan portal berita Indonesia, suara.com, salah seorang anggota Bimbo, Acil Darmawan Hardjakusumah atau lebih dikenali sebagai Acil berkata, lagu yang tular di media sosial itu sebaliknya ialah lagu baharu kumpulannya.

Katanya, lagu Corona bukan dilancarkan 30 tahun lalu walaupun kumpulannya telah aktif sejak era 60-an.

"Kita baharu selesai bikin lagu itu seminggu, jadi ada salah (sangka) ini.

"Kita berterusan ditanya tentang lagu ini malahan sebentar tadi juga kita turut terima panggilan telefon dan ditanya perkara sama. Ini adalah lagu baharu," katanya ketika dihubungi semalam.

Lagu Corona dimuat naik di YouTube sejak semalam sebelum ia tular dan ruangan komen lagu tersebut dihujani pelbagai soalan netizen yang mahukan kepastian mengenai lagu berkenaan.

Lagu Corona yang dimuat naik itu disertakan dengan lirik dan berlatarbelakangkan gambar ahli kumpulan itu ketika masih muda yang dipercayai menjadi punca ramai netizen salah sangka bahawa lagu itu dirakam sejak tiga dekad lalu.

Bagaimanapun Acil berkata, Bimbo tidak mengetahui bagaimana hasil rakaman lagu itu bocor dan dimuat naik di media sosial.

Artikel Berkaitan:

Bercerita lanjut Acil memberitahu, Bimbo berhasrat memberikan lagu itu kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia semasa pandemik koronavirus (Covid-19) sekarang.

Menurutnya, atas kesedaran ahlinya terhadap krisis wabak yang melanda seluruh dunia termasuk Indonesia itu, Bimbo mahu memberikan lagu bertemakan Covid-19 itu kepada BNPB.

"Sebab itu saya terkejut bagaimana boleh tersebar berita bahawa lagu itu dibuat 30 tahun yang lalu.

Kata Acil, lagu itu tidak akan dirangkum untuk album baharu mereka.

"Lagu ini bukan untuk album khas Bimbo, ia dibuat has untuk BNPB," katanya.

Berikut lirik lagu Corona:

Corona datang Tuhan mencuci dunia,

Membungkam kesombongan manusia,

Tempat ibadah semuanya ditutup,

Manusia bingung cari pegangan.

Corona datang bukanlah kebetulan,

Mendidikan kita untuk jadi salah,

Anak dan istri jabatan kekayaan,

Semua itu bukan milik kita.

Corona datang Tuhan mencuci dunia,

Membungkam kesombongan manusia,

Tempat ibadah semuanya ditutup,

Manusia bingung cari pegangan.

Corona datang bukanlah kebetulan,

Mendidik kita untuk jadi salah,

Anak dan istri jabatan kekayaan,

Semua itu bukan milik kita,

Angan dan raga teguhkan hati kami,

Ya Tuhan selamatkan kami.