Covid-19: 21 lagi kematian dalam tempoh 24 jam di Indonesia

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

JAKARTA - Jumlah kematian akibat koronavirus (Covid-19) di Indonesia terus meningkat kepada 327 kes.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, sebanyak 21 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam.

"Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 330 kes baharu menjadikan jumlah kes kini sebanyak 3,842," katanya.

Jakarta mencatatkan kematian tertinggi iaitu 159 kes diikuti Jawa Barat (40 kes) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. - Bernama

Artikel Berkaitan: