‘Terima kasih penyumbang’

Dr Param Jeeth Singh (empat dari kiri) mewakili Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya bersama Hashim (tengah) dan Shahfaizal (dua dari kanan). -Foto: Sinar Harian Asril Aswandi Shukor
Dr Param Jeeth Singh (empat dari kiri) mewakili Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya bersama Hashim (tengah) dan Shahfaizal (dua dari kanan). -Foto: Sinar Harian Asril Aswandi Shukor
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya menerima sebanyak 200 naskhah al-Quran menerusi inisiatif #QuranCorner@Hospital di bawah Program Wakaf Quran Mu’Jam semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Dr Param Jeeth Singh ketika ditemui Sinar Harian berkata, walaupun beliau bukan seorang yang beragama Islam, namun beliau menyifatkan agihan al-Quran melalui program yang digerakkan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd itu dapat menaikkan semangat petugas di barisan hadapan.

“Kita jangan risau, jangan panik atau takut sebab apabila adanya ‘semangat’ yang diberikan melalui naskhah al-Quran ini, kita tidak akan berasa takut dan dapat melawan virus Covid-19,” katanya.

Dr Param mewakili pihak hospital menerima sumbangan wakaf al-Quran daripada Pengurus Besar Book2U Sdn Bhd, RJ Shahfaizal Khairudin dan Pengurus Kanan Tugas-Tugas Khas Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Hashim Anang.

Di lokasi berasingan, RJ Shahfaizal dan Hashim turut menyerahkan sumbangan sebanyak 200 naskhah al-Quran kepada Pengarah Hospital Selayang, Dr Sakinah Alwi yang mewakili hospital berkenaan.

Dr Sakinah berkata, pihaknya mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang yang menyumbang wakaf al-Quran melalui WUIF dan Karangkraf.

“Al-Quran ini kita akan letakkan di semua kawasan petugas barisan hadapan untuk membantu mereka menaikkan lagi semangat sekiranya mereka berasa keletihan dan sebagainya,” kata beliau.

Hadir sama, Ketua Unit Hal Ehwal Islam Hospital Selayang, Syed Ahmad Asrey Syed Alwi dan Penolong Pegawai Perubatan, Sarbani Abd Halim.

Artikel Berkaitan: