KKMM nafi dua lagi berita palsu tular

Kenyataan KKMM berhubung penularan berita palsu.
Kenyataan KKMM berhubung penularan berita palsu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengesahkan dua lagi berita yang sedang tular di media sosial adalah palsu.

Pasukan Respon Pantas KKMM dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan dakwaan terdapat campur tangan politik dalam urusan pengagihan Bakul Makanan di kawasan Parlimen Kulai baru-baru ini.

Sebaliknya, kata kenyataan itu, JKM menjelaskan bahawa jabatan itu sedang menyelaras agihan berkenaan kepada penduduk di setiap kawasan Parlimen.

Selain itu, kenyataan tersebut turut memaklumkan pihak pengurusan Koperasi Tentera menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan 'Koperasi Ekspres Tentera' berhubung sebarang tawaran pinjaman peribadi kepada anggotanya.

"Pihak pengurusan Koperasi Tentera menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan 'Koperasi Ekspres Tentera' yang mempromosi serta menawarkan pinjaman peribadi kepada anggota tentera," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: