Pengguna TikTok minta maaf persenda Tok Batin, Jaslinda

Individu berkenaan tampil membuat permohonan maaf susulan kontroversi melibatkan sesi siaran langsungnya yang didakwa mempersendakan Tok Batin dan Jaslinda.
Individu berkenaan tampil membuat permohonan maaf susulan kontroversi melibatkan sesi siaran langsungnya yang didakwa mempersendakan Tok Batin dan Jaslinda.
A
A
A

IPOH - Seorang pengguna TikTok tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kontroversi melibatkan sesi siaran langsungnya yang didakwa mempersendakan Tok Batin serta pendaki wanita, Jaslinda Saludin.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik pada Selasa, individu terbabit mengakui terdapat kekhilafan dalam penyampaiannya sehingga menimbulkan prejudis dan salah faham terhadap komuniti Orang Asli serta pihak lain yang terlibat.

Jaslinda ditemui selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih.
Jaslinda ditemui selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih.

Dia turut memohon maaf sekiranya kata-kata yang diucapkan secara langsung atau tidak langsung telah mengguris hati mana-mana individu atau komuniti.

“Saya dengan rasa rendah diri memohon maaf sekiranya ia telah mengguris hati dan perasaan mana-mana komuniti ataupun individu sama ada secara langsung atau tidak langsung.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'

Jaslinda sudah ditemui - Polis

Jaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba

Artikel Berkaitan:

'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda

Jaslinda maklum tiada unsur mistik, gangguan ketika dalam hutan - Exco Perak

“Apa yang berlaku tidak seperti yang saya maksudkan dan bukan seperti fitnah yang tersebar. Ia hanyalah gurauan serta usikan saya bersama netizen ketika sedang membuat siaran langsung,” katanya.

Dia turut menjelaskan bahawa tiada niat untuk menghina atau memperlekehkan mana-mana pihak, sebaliknya beberapa kenyataan yang disebut ketika itu merupakan reaksi terhadap komen yang dibaca sepanjang siaran langsung berkenaan.

Tok Batin Kampung Lubuh Gaharu, Mohd Asmadi Abdullah memaklumkan, jambatan tersebut dibina sejak dua tahun lalu menggunakan bahas asas seperti papan dan buluh.
Tok Batin Kampung Lubuh Gaharu, Mohd Asmadi Abdullah memaklumkan, jambatan tersebut dibina sejak dua tahun lalu menggunakan bahas asas seperti papan dan buluh.

Menurutnya, pandangan yang dikongsikan adalah bersifat peribadi dan disampaikan dalam suasana berseloroh tanpa berniat mencetuskan penghinaan terhadap individu tertentu.

Dalam masa sama, dia berharap permohonan maaf terbuka itu dapat diterima semua pihak dan isu berkenaan dapat diselesaikan dengan baik.

“Saya tetap menghormati semua pihak yang terlibat dan berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.

 Jaslinda dipercayai menyusuri laluan anak sungai sebelum akhirnya bertemu dengan pemancing yang membawanya keluar ke kawasan penempatan di Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh.
Jaslinda dipercayai menyusuri laluan anak sungai sebelum akhirnya bertemu dengan pemancing yang membawanya keluar ke kawasan penempatan di Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh.

Pada Selasa, media melaporkan kira-kira 50 tok batin dan wakil masyarakat Orang Asli dari daerah Batang Padang, Muallim dan Kinta tampil membuat laporan polis hari ini bagi membantah dakwaan serta fitnah yang tular dalam media sosial terhadap Tok Batin Kampung Orang Asli (KOA) Lubuk Gaharu Mohd Asmmadi Abdullah, berhubung penemuan pendaki wanita Jaslinda Saludin di kawasan Gunung Batu Putih baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda

'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - Jaslinda

Saya tahu orang rumah saya kuat - Suami Jaslinda

Operasi SAR Jaslinda penuh cabaran namun berakhir gembira

'Ada macam gua, saya rasa macam disuruh masuk' — Jaslinda

Tok Batin KOA Lata Kinjang, Rani a/l Bah Ulin berkata, laporan itu dibuat susulan penyebaran kandungan video oleh seorang pengguna media sosial yang didakwa mengeluarkan kenyataan tidak berasas sehingga mencemarkan nama baik Mohd Asmmadi serta institusi kebatinan Orang Asli.

Jaslinda ditemukan dalam keadaan selamat di Kampung Lubuk Gaharu dekat Pos Musoh.
Jaslinda ditemukan dalam keadaan selamat di Kampung Lubuk Gaharu dekat Pos Musoh.

Rani berkata, pihaknya kesal dengan tuduhan kononnya Mohd Asmmadi menyembunyikan atau menyimpan Jaslinda sepanjang tempoh kehilangan wanita itu sebelum ditemukan penduduk Orang Asli di kawasan berdekatan KOA Lubuk Gaharu.

Dalam pada itu, Sinar Harian melaporkan suami Jaslinda, Haszman Othman, 61, memaklumkan, pihaknya bersedia mengambil tindakan perundangan kepada beberapa pengguna media sosial yang keterlaluan hingga menfitnah isterinya susulan kehilangan itu.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!