Jaslinda masih mahu mendaki

Jaslinda. Foto Bernama
Jaslinda. Foto Bernama
A
A
A

TAPAH - Pengalaman getir dilalui pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di Gunung Batu Putih selama 15 hari tidak mematahkan semangatnya untuk terus melakukan aktiviti pendakian.

Perkara itu dikongsikan suaminya, Haszman Othman, 61, yang memaklumkan minat isterinya terhadap aktiviti lasak tersebut masih kekal meskipun berdepan situasi mencemaskan.

“Semangat dia memang ada lagi... bukan tak serik, tapi masih nak hiking,” katanya ketika ditemui di Hospital Tapah pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'

Jaslinda sudah ditemui - Polis

Jaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba

'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa sebarang aktiviti pendakian selepas ini perlu dilakukan dengan lebih berhati-hati dan bersyarat.

Artikel Berkaitan:

Haszman
Haszman

“Saya cakap boleh, tapi bawa anak-anak. Kena lebih berjaga-jaga,” katanya.

Menurut Haszman, isterinya sebenarnya mempunyai perancangan untuk meneruskan aktiviti pendakian apabila dijadualkan menyertai ekspedisi ke Gunung Gedong pada 30 Mei lalu, namun hasrat itu tidak kesampaian susulan kejadian yang menimpanya di Gunung Batu Putih.

Dalam masa sama, Haszman turut meluahkan kebimbangan terhadap pendekatan segelintir penganjur aktiviti pendakian yang disifatkan mengambil risiko dengan memendekkan tempoh ekspedisi secara tidak munasabah.

Aktiviti SAR giat dijalankan di Kem Kantoi hingga ke Gunung Rayu.
Aktiviti SAR giat dijalankan di Kem Kantoi hingga ke Gunung Rayu.

Menurutnya, tindakan tersebut bukan sahaja memberi tekanan fizikal kepada peserta, malah boleh mengundang risiko kesihatan termasuk keletihan melampau dan serangan jantung.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar penganjur menetapkan syarat lebih ketat termasuk had umur dan keperluan laporan kesihatan sebelum menyertai aktiviti pendakian.

ARTIKEL BERKAITAN:

'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda

'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - Jaslinda

Saya tahu orang rumah saya kuat - Suami Jaslinda

Operasi SAR Jaslinda penuh cabaran namun berakhir gembira

'Ada macam gua, saya rasa macam disuruh masuk' — Jaslinda

Jaslinda maklum tiada unsur mistik, gangguan ketika dalam hutan - Exco Perak

“Ketatkan syarat, mungkin bawah 45 tahun dan perlu ada laporan kesihatan. Kalau tidak, nanti menyusahkan banyak pihak,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Haszman memaklumkan, pihaknya bersedia mengambil tindakan perundangan kepada beberapa pengguna media sosial yang keterlaluan hingga menfitnah isterinya susulan kehilangan itu.

Jaslinda yang dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih pada 24 Mei ditemukan dalam keadaan selamat pada Sabtu.
Jaslinda yang dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih pada 24 Mei ditemukan dalam keadaan selamat pada Sabtu.

"​Ada yang mengaitkan dengan ah long... Ada juga yang bergurau melampau hingga menfitnah kononnya Tok Batin simpan isteri saya selama seminggu.

"Ianya gurauan melampau dan tidak menjaga maruah keluarga," katanya.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!