'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'

A
A
A

TAPAH - Berjalan seorang diri dalam keadaan lemah di atas jambatan.

Itu keadaan Jaslinda Saludin, 49, ketika ditemui penduduk Orang Asli di berhampiran sungai di Kampung Lubuk Gaharu dekat Pos Musoh di sini pada Sabtu.

Pasukan bomba membawa Jaslina menaiki ambulans. Gambar kecil: Bah Roslan
Pasukan bomba membawa Jaslina menaiki ambulans. Gambar kecil: Bah Roslan

Bah Roslan Bah Sulpok, 51, berkata, penemuan sekitar jam 5.10 petang itu berlaku ketika dia sedang memancing.

Menurutnya, ketika itu terlihat kelibat seorang wanita bertudung sedang berjalan menyeberangi jambatan dalam keadaan tidak bermaya.

Bah Roslan
Bah Roslan

"Saya kenal itu Jaslinda kerana gambarnya ada dikongsi di telefon. Saya terus jerit minta dia tunggu sahaja di situ.

Artikel Berkaitan:

"Bila saya pergi dekat dia, dia terus menangis dan cakap tolong saya," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Kampung Lubuk Baharu.

Jaslinda ditemui penduduk Orang Asli di berhampiran sungai di Kampung Lubuk Gaharu dekat Pos Musoh di sini pada Sabtu.
Jaslinda ditemui penduduk Orang Asli di berhampiran sungai di Kampung Lubuk Gaharu dekat Pos Musoh di sini pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih

'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahan

Kronologi kehilangan Jaslinda

Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiat

Jaslinda Saludin, 49, ditemui penduduk Orang Asli di berhampiran sungai di Kampung Lubuk Gaharu dekat Pos Musoh di sini pada Sabtu.
Jaslinda Saludin, 49, ditemui penduduk Orang Asli di berhampiran sungai di Kampung Lubuk Gaharu dekat Pos Musoh di sini pada Sabtu.

Pasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik Jaslinda

Ops Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskan

Ops Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu

Bimbang dengan keadaan itu, Bah Roslan terus membawa Jaslinda ke kediaman tok batin yang terletak kira-kira 1 kilometer dengan tujuan penemuan berkenaan dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

Di kediaman tok batin, Jaslinda dijamu hidangan mi segera, nasi berlaukkan ayam goreng dan ikan tengas serta ubi kayu rebus.
Di kediaman tok batin, Jaslinda dijamu hidangan mi segera, nasi berlaukkan ayam goreng dan ikan tengas serta ubi kayu rebus.

"Sampai sahaja rumah tok batin, dia terus cakap yang dia lapar," katanya.

Di kediaman tok batin, Jaslinda dijamu hidangan mi segera, nasi berlaukkan ayam goreng dan ikan tengas serta ubi kayu rebus.

"Saya dan penduduk di sini katakan kepadanya tidak usah risau. Dia selamat di sini. Kami akan tolong dia," katanya.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, mangsa ditemukan oleh seorang penduduk.

Jaslinda Saludin ditemui selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih.
Jaslinda Saludin ditemui selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih.

"Selepas menjumpai mangsa, beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada anak saudaranya yang berada di Johor untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih dekat Tapah sejak 23 Mei lepas turut dilakukan dengan pencarian melalui udara. Foto Bernama

Sayani berkata, mangsa kini berada dalam keadaan selamat dan ditempatkan sementara di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu.

"Setakat ini, orang hilang (OH) berada di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu sementara tindakan lanjut sedang diuruskan pihak berkaitan,” katanya.

Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Antara anggota pasukan SAR yang terlibat mencari Jaslinda yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih di sini sejak 23 Mei lalu

Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, kemudian mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan tersebut.

Bagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi pada 24 Mei.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!