Jaslinda sudah ditemui - Polis

Gambar dipercayai memaparkan Jaslinda berada di sebuah rumah komuniti di kawasan itu turut tular di media sosial.
Gambar dipercayai memaparkan Jaslinda berada di sebuah rumah komuniti di kawasan itu turut tular di media sosial.
A
A
A

TAPAH - Pendaki wanita yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu, Jaslinda Saludin, 49, ditemukan dalam keadaan selamat hari ini.

Mangsa ditemui di Kampung Lubuk Gaharu berhampiran Pos Musoh, dan penemuan beliau dimaklumkan oleh komuniti Orang Asli setempat kepada pihak berkuasa.

Ketua Polis Perak, Datuk Alwi Zainal Abidin, mengesahkan penemuan itu ketika dihubungi dan berkata, kenyataan media rasmi berhubung kejadian akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Jaslinda kini berada dalam keadaan selamat dan ditempatkan sementara di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu.
Jaslinda kini berada dalam keadaan selamat dan ditempatkan sementara di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu.

Terdahulu, gambar dipercayai memaparkan Jaslinda berada di sebuah rumah komuniti di kawasan itu turut tular di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih

'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahan

Kronologi kehilangan Jaslinda

Artikel Berkaitan:

Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiat

Haszman Othman, 61, suami kepada Jaslinda Saludin, 49 setia menanti kepulangan isteri tercinta.
Haszman Othman, 61, suami kepada Jaslinda Saludin, 49 setia menanti kepulangan isteri tercinta.

Pasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik Jaslinda

Ops Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskan

Ops Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu

Haszman Othman, 61, suami kepada Jaslinda Saludin, 49 setia menanti kepulangan isteri tercinta.
Haszman Othman, 61, suami kepada Jaslinda Saludin, 49 setia menanti kepulangan isteri tercinta.

Jaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, mangsa ditemukan oleh seorang penduduk, Nazri a/l Bah Eng, kira-kira 3 petang.

"Selepas menjumpai mangsa, beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada anak saudaranya yang berada di Johor untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih dekat Tapah sejak 23 Mei lepas turut dilakukan dengan pencarian melalui udara. Foto Bernama

Sayani berkata, mangsa kini berada dalam keadaan selamat dan ditempatkan sementara di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu.

"Setakat ini, orang hilang (OH) berada di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu sementara tindakan lanjut sedang diuruskan pihak berkaitan,” katanya.

Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Antara anggota pasukan SAR yang terlibat mencari Jaslinda yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih di sini sejak 23 Mei lalu
Antara anggota pasukan SAR yang terlibat mencari Jaslinda yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih di sini sejak 23 Mei lalu

Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, kemudian mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan tersebut.

Bagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi pada 24 Mei.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!