X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Virus pada permukaan mayat

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah -Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Penemuan bedah siasat terhadap mayat pesakit Covid-19 mendapati terdapat virus pada permukaan badan mayat melalui analisa Real-time Polymerase Chain Reaction (rt-PCR) yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penemuan baru selepas bedah siasat dilakukan Institut Perubatan Forensik Negara.

"Penemuan itu selaras dengan pandangan yang dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini dan dipersetujui oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dan Majlis Perundingan Malaysia, Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, dan Tao (MCCBCHST) keesokan harinya," katanya.

Menurutnya, tatacara tersebut merangkumi pengurusan jenazah Islam di mana hanya dibenarkan untuk ditayamum di atas permukaan beg jenazah.

"Bagi mayat bukan Islam pula, apa-apa upacara keagamaan dan tradisi hanya dibuat di atas permukaan beg mayat," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus