Covid-19: Ratusan rakyat di Afrika Selatan dibawa pulang

WHO menegaskan Afrika tidak akan menjadi lokasi tapak ujian vaksin koronavirus (Covid-19).
WHO menegaskan Afrika tidak akan menjadi lokasi tapak ujian vaksin koronavirus (Covid-19).
A
A
A

CAPE TOWN- Ratusan rakyat Amerika Syarikat (AS) di Afrika Selatan dihantar pulang ke negara asal mereka pada Khamis, lapor agensi berita Xinhua, memetik kedutaan AS.

"Pada petang ini, dua penerbangan berlepas dari Afrika Selatan," kata kedutaan dalam satu kenyataan.

Dua penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Cape Town dan Lapangan Terbang Antarabangsa O.R. Tambo di Johannesburg.

"Kami jangka penerbangan ketiga akan berlepas dari Cape Town esok pagi. Semua penerbangan akan membawa lebih 900 rakyat Amerika pulang ke Washington."

Sebelum menaiki pesawat semua penumpang perlu menjalani saringan kesihatan untuk koronavirus (Covid-19), dilakukan pihak berkuasa kesihatan Afrika Selatan.

Sebaik tiba di AS, semua penumpang perlu menjalani kuarantin sendiri selama 14 hari.

Duta Besar AS ke Afrika Selatan Lana Marks berkata Jabatan Negara AS sudah membawa balik lebih 52,000 orang melalui 519 penerbangan, membabitkan lebih 98 negara."-Bernama

Artikel Berkaitan: