'Frontliners' tinggal anak, keluarga demi negara

KEPENATAN...Seorang anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kelihatan kepenatan dan berpeluh semasa melakukan saringan Covid-19 kepada penduduk di persekitaran Masjid Jamek Kampung Baru hari ini. - Foto BERNAMA
KEPENATAN...Seorang anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kelihatan kepenatan dan berpeluh semasa melakukan saringan Covid-19 kepada penduduk di persekitaran Masjid Jamek Kampung Baru hari ini. - Foto BERNAMA
A
A
A

SEREMBAN- Yang paling sedih apabila sampai ke rumah (pulang dari kerja), Affan, anak bongsu berumur lapan bulan merangkak ke arah saya, minta didukung. Begitu juga kalau isteri saya balik, Affan akan buat yang sama.

“Kami terpaksa ‘melarikan diri’ terlebih dahulu kerana perlu mandi dan memastikan semuanya selamat agar tidak merisikokan anak-anak.

“Tapi selalunya kami balik (sampai rumah) mereka dah tidur pun... cuma kadang-kadang mereka sengaja tidur lewat semata-mata nak tunggu kami. Paling terasa bila anak yang sulung, Jannah, 8, dan kedua, Aiman, 6, merungut, Abi dengan Umi asyik balik lambat, asyik tak dapat jumpa,” demikian luahan Penolong Pegawai Perubatan Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), Mohd Aizuddin Bahrun.

Mohd Aizuddin, 34, berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Perubatan bertugas di Unit Isolasi Jabatan Kecemasan Dan Trauma HTJS. Beliau bertanggungjawab membantu pegawai perubatan membuat saringan dan mengambil sampel Individu Dalam Siasatan (PUI) koronavirus (Covid-19).