'Betapa mudahnya menghukum' - Luahan Kakak Jaslinda

Kakak kepada pendaki wanita yang masih hilang, Jaslinda Saludin, 49, meluahkan rasa sedih terhadap pelbagai spekulasi, andaian serta komen negatif yang dilemparkan segelintir pengguna media sosial susulan insiden yang menimpa keluarganya.
Kakak kepada pendaki wanita yang masih hilang, Jaslinda Saludin, 49, meluahkan rasa sedih terhadap pelbagai spekulasi, andaian serta komen negatif yang dilemparkan segelintir pengguna media sosial susulan insiden yang menimpa keluarganya.
A
A
A

PETALING JAYA – Kakak kepada pendaki wanita yang masih hilang, Jaslinda Saludin, 49, meluahkan rasa sedih terhadap pelbagai spekulasi, andaian serta komen negatif yang dilemparkan segelintir pengguna media sosial susulan insiden yang menimpa keluarganya.

Menerusi satu hantaran di akaun TikTok @Minjd74, wanita tersebut berkongsi gambar bersama Jaslinda sambil meluahkan perasaan mengenai kata-kata yang disifatkan sebagai menyakitkan hati ketika mereka berdepan detik sukar.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih

'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahan

Kronologi kehilangan Jaslinda

Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiat

Pasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik Jaslinda

Ops Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskan

Ops Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, pengalaman yang dilalui sejak kebelakangan ini membuka matanya tentang sikap sesetengah pihak di alam maya yang mudah membuat penilaian tanpa mengetahui situasi sebenar.

Kelibat Jaslinda pada 24 Mei lalu yang dikesan melalui kamera pengawasan di Gunung Batu Putih.
Kelibat Jaslinda pada 24 Mei lalu yang dikesan melalui kamera pengawasan di Gunung Batu Putih.

“Selepas segala yang keluarga Min lalui, saya sedar betapa mudahnya orang membuat andaian dan menjatuhkan hukuman tanpa memahami keseluruhan cerita.

“Setiap komen yang ditulis memberi kesan mendalam kepada kami yang sedang berusaha menghadapi kesedihan dan kesakitan ini,” katanya dalam hantaran yang dimuat naik malam tadi.

Beliau turut menzahirkan kebimbangan terhadap sikap segelintir masyarakat yang lebih cenderung menyuarakan pendapat tanpa mengutamakan nilai empati.

Katanya, walaupun pendapat boleh disebarkan dengan pantas menerusi media sosial, sifat belas kasihan dan keprihatinan terhadap perasaan orang lain sering diketepikan.

 Tulisan tertera
Tulisan tertera "HAFIZ AMBIK GAMBAR AKAK DH SAMPAI” itu ditinggalkan Jaslinda di atas tanah di puncak Gunung Batu Putih.

“Pengalaman ini mengajar saya bahawa kebaikan tidak memerlukan sebarang balasan. Belas kasihan amat bernilai dan sikap memahami seharusnya hadir sebelum seseorang membuat penilaian kerana di sebalik setiap kisah, ada hati yang sedang terluka,” ujarnya.

Dalam masa sama, wanita itu turut memohon maaf sekiranya adiknya pernah menyinggung perasaan mana-mana pihak serta merakamkan penghargaan kepada semua individu yang terus mendoakan dan membantu usaha pencarian Jaslinda.

Antara anggota pasukan SAR yang terlibat mencari Jaslinda yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih di sini sejak 23 Mei lalu
Antara anggota pasukan SAR yang terlibat mencari Jaslinda yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih di sini sejak 23 Mei lalu

“Maaf sekiranya adik saya pernah melukakan hati sesiapa. Hanya Allah SWT yang mampu membalas segala jasa mereka yang tidak putus-putus mendoakan serta terus berusaha membantu dalam pencarian Jaslinda. Terima kasih,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!