Kronologi kehilangan Jaslinda

Jaslinda Saludin ditemui selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih.
Jaslinda Saludin ditemui selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] Kes kehilangan seorang pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dipercayai tersasar daripada laluan asal ketika menuruni Gunung Batu Putih, Perak, menjadi tumpuan ramai sejak dua minggu lalu.

Kehilangan ini berlaku dalam ekspedisi Trans Spencer Chapman, laluan hutan pergunungan yang melalui Pos Gedung, Gunung Bah Gading, Gunung Batu Putih dan dijangka keluar melalui Kuala Woh.

Gunung Batu Putih berketinggian kira-kira 2,132 meter, menjadikan laluan ini bukan laluan santai biasa, tetapi trek mencabar yang memerlukan stamina, pengalaman dan disiplin kumpulan yang tinggi.

Ikuti kronologi kehilangan pendaki Jaslinda Saludin di Gunung Batu Putih.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - Jaslinda

Jaslinda sudah ditemui - Polis

Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, hilang selama 15 hari selepas dipercayai tersasar daripada laluan asal ketika menuruni Gunung Batu Putih, Perak.
Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, hilang selama 15 hari selepas dipercayai tersasar daripada laluan asal ketika menuruni Gunung Batu Putih, Perak.

23 Mei 2026 (Sabtu)

Artikel Berkaitan:

• Jaslinda Saludin, 49, menyertai ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 peserta lain dan dua malim gunung.

• Pendakian bermula kira-kira jam 2 pagi melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

24 Mei 2026 (Ahad)

• Seorang peserta pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan (sesak nafas dan muntah darah) dan berhenti bersama malim gunung di Kem Batu Kor.

• Jaslinda pada awalnya turut berhenti, namun dipercayai meneruskan pendakian secara bersendirian ke puncak Gunung Batu Putih.

• Mangsa kali terakhir dilihat sekitar jam 7.30 pagi oleh malim gunung sebelum dilaporkan hilang.

 

25 Mei 2026 (Isnin)

• Operasi mencari dan menyelamat (SAR) secara rasmi digerakkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama agensi lain.

• Pasukan khas STORM diturunkan menggunakan helikopter ke puncak Gunung Batu Putih bagi memulakan pencarian dari kawasan tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiat

Pasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik Jaslinda

Ops Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskan

Ops Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu

26 Mei 2026 (Selasa)

• Operasi SAR menumpukan kawasan di laluan antara Kem Sukaneka dan Gunung Rayu selepas mangsa disyaki tersasar daripada laluan asal pendakian.

• Aspek peralatan dan kaedah komunikasi turut dipertingkatkan dengan kehadiran pihak SAPURA yang bertanggungjawab mengendalikan Government Integrated Radio Network (GIRN).

 

27 Mei 2026 (Rabu)

• Petunjuk baharu ditemui termasuk botol air dan bungkusan suplemen dipercayai milik mangsa di laluan menuju Gunung Rayu.

• Penemuan ini menguatkan kemungkinan mangsa tersasar dari laluan asal pendakian.

 

28 Mei 2026 (Khamis)

• Operasi SAR memasuki hari keempat dengan penglibatan puluhan anggota pelbagai agensi termasuk JBPM, PDRM, PGA dan Jabatan Perhutanan.

• Pasukan penyelamat bermalam di puncak gunung bagi mempergiat usaha pencarian.

• Polis memaklumkan keterangan beberapa individu termasuk suami mangsa dan malim gunung telah diambil bagi membantu siasatan.

 

29 Mei 2026 (Jumaat)

• Tumpuan operasi SAR beralih ke kawasan Sungai Ayer Busok berdasarkan kemungkinan mangsa turun mencari sumber air untuk kelangsungan hidup.

• Pasukan penyelamat terus mengesan petunjuk baharu dengan harapan mangsa dapat ditemui dalam keadaan selamat.

 

30 Mei (Sabtu)

* Operasi diteruskan tetapi belum ada keputusan untuk menghentikan operasi.

31 Mei (Ahad)

* Pasukan SAR meneliti kamera rakaman Jabatan PERHILITAN di beberapa lokasi laluan pendakian.

* Rakaman menunjukkan Jaslinda melalui kamera jam 11.22 pagi, pada 24 Mei, namun tiada bukti beliau berpatah balik.

1 Jun (Isnin)

* Lapan anggota PGA diterbangkan ke sektor pencarian menggunakan helikopter untuk memperkukuhkan operasi

* JBPM mengumumkan bantuan 22 sukarelawan Orang Asli Kampung Ampang Woh akan menyertai operasi.

2 Jun (Selasa)

* Sukarelawan Orang Asli digerakkan untuk membantu pencarian di kawasan luar trek pendakian. Mereka dijadualkan menjalankan pencarian antara lima hingga enam hari.

*Mesyuarat khas memutuskan operasi SAR diteruskan dalam skala kecil.

3 Jun (Rabu)

* Operasi SAR diteruskan dalam skala kecil.

* Polis merakam percakapan 14 rakan mangsa yang menyertai pendakian.

* Polis memaklumkan kira-kira 95 peratus kawasan Gunung Batu Putih sudah diperiksa sepanjang 11 hari operasi SAR.

4 Jun (Khamis)

*Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Datuk Mohd Basri Abdul Manaf mengumumkan kawasan pendakian Gunung Batu Putih di Tapah ditutup kepada orang awam berkuat kuasa serta-merta sehingga suatu tarikh dimaklumkan kelak.

* Sukarelawan Orang Asli berjanji meneruskan pencarian meskipun operasi SAR mungkin dihentikan suatu hari nanti.

5 Jun (Jumaat)

* Pembabitan orang awam serta individu bukan anggota Malim Gunung Perhutanan (MGP) tidak dibenarkan dalam operasi SAR disebabkan faktor keselamatan.

* Jabatan Perhutanan Perak (JPNPk) melarang kegiatan pendakian secara 'dayhike' atau 'compressed hike' di pergunungan berisiko di Perak berkuat kuasa serta-merta.

6 Jun (Sabtu)

* Jaslinda ditemui selamat di kawasan berhampiran Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu di Pos Musoh.

*Mangsa ditemukan oleh seorang penduduk, Nazri a/l Bah Eng, kira-kira 3 petang, dan memaklumkan kepada anak saudara mangsa yang berada di Johor.

* Mangsa ditempatkan sementara di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!