Pasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik Jaslinda

 Penemuan botol air dan bungkusan suplemen dipercayai milik pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih di sini menjadi petunjuk terbaharu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa Jaslinda Saludin.

A
A
A

BIDOR - Penemuan botol air dan bungkusan suplemen dipercayai milik pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih di sini menjadi petunjuk terbaharu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa Jaslinda Saludin, 49.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Yusri Mohd Yusoff @ Hashim berkata, penemuan barangan itu menunjukkan mangsa telah tersasar daripada laluan asal pendakian dan bergerak ke arah Gunung Rayu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi pendaki wanita hilang: Jaslinda miliki 10 tahun pengalaman mendaki - Suami

Ops Gunung Batu Putih: Pendaki lelaki diselamatkan, bomba terus kesan Jaslinda

"Berdasarkan maklumat yang kami peroleh daripada pasukan penyelamat bersama-sama dengan seorang malim, kami mendapati mangsa telah tersasar daripada laluan yang sepatutnya dituruni berdasarkan penemuan kesan-kesan ini.

Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan percubaan kali kedua untuk menghantar anggota bagi menyelamatkan pendaki wanita
Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika menyertai pendakian di Gunung Batu Putih pada Ahad lepas di Kem Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor hari ini. Foto Bernama
Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan percubaan kali kedua untuk menghantar anggota bagi menyelamatkan pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika menyertai pendakian di Gunung Batu Putih pada Ahad lepas di Kem Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor hari ini. Foto Bernama

"Kami jumpa botol air mangsa, suplemen, bekas suplemen, jejak tapak kaki dan bekas bungkusan gula-gula yang dipercayai milik mangsa di laluan menuju Gunung Rayu. Kami percaya mangsa masih meneruskan pergerakan berdasarkan kesan-kesan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media di Pos Kawalan Hadapan di Kem Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Yusri berkata, pihaknya juga percaya mangsa tidak tersasar disebabkan kekuatan fizikal wanita berkenaan yang dimaklumkan mengalami sakit pada bahagian kaki.

"Kami harap dia tidak tersasar dan daripada yang kami selidik, tiada laluan lain yang dia boleh tersasar. Dia akan terus ke Gunung Rayu,” katanya.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Yusri Mohd Yusoff @ Hashim (tiga, kiri) mendengar penerangan daripada Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarozi Nor Ahmad (kiri) berkaitan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika menyertai pendakian di Gunung Batu Putih pada Ahad lepas, di Kem Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA), Bidor hari ini. Foto Bernama.

Sementara itu, operasi SAR ditangguh pada 5.30 petang tadi akibat cuaca yang tidak mengizinkan pesawat AW139 untuk menghampiri lokasi pasukan penyelamat pertama (pasukan semalam) bagi menghantar pasukan penyelamat kedua bergabung di lokasi berkenaan.

Operasi dijadualkan disambung semula seawal 8 pagi esok dengan perancangan menghantar pasukan baharu dan membawa keluar anggota yang telah berada di lokasi selama dua malam.

Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Dia dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh MGP pada 7.30 pagi Ahad. - Bernama 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!