Dua individu ditembak berhampiran Rumah Putih

Ejen FBI berdiri di kawasan yang dipagar berhampiran White House selepas insiden tembakan di Washington, DC. Foto Reuters
Ejen FBI berdiri di kawasan yang dipagar berhampiran White House selepas insiden tembakan di Washington, DC. Foto Reuters
A
A
A

WASHINGTON - Sekurang-kurangnya dua orang termasuk suspek, ditembak berhampiran Rumah Putih selepas insiden tembakan berlaku pada Sabtu, menurut pegawai seperti dilaporkan media.

Agensi penguatkuasaan undang-undang persekutuan bertindak balas susulan laporan tembakan dilepaskan berhampiran kawasan Rumah Putih, mencetuskan siasatan aktif di Washington, DC, lapor Anadolu Ajansi.

Laporan menyebut seorang individu berada dalam keadaan serius, memetik pegawai.

"FBI berada di lokasi kejadian dan menyokong Perkhidmatan Rahsia memberi respons terhadap laporan tembakan berhampiran kawasan Rumah Putih - kami akan memaklumkan perkembangan kepada orang ramai apabila berupaya,” tulis Ketua FBI Kash Patel di platform X.

Perkhidmatan Rahsia AS mengesahkan pihaknya mengetahui laporan membabitkan insiden tembakan berhampiran 17th Street dan Pennsylvania Avenue NW, berdekatan kompleks Rumah Putih.

Fox News melaporkan seorang lelaki bersenjata menghampiri Rumah Putih berhampiran Gate 17 kira-kira jam 6 petang waktu tempatan (1000 GMT) dan melepaskan tiga das tembakan ke arah bangunan itu sebelum ejen Perkhidmatan Rahsia membalas tembakan, menyebabkan suspek tumpas.

Seorang orang awam turut terkena tembakan ketika kejadian, lapor Fox News.

Pegawai berkata, suspek tidak pernah menembusi perimeter Rumah Putih.

Presiden Donald Trump dilaporkan "selamat”, menurut Fox News.

Artikel Berkaitan:

Jabatan Polis DC berkata, Perkhidmatan Rahsia sedang mengendalikan insiden di persimpangan 17th Street dan Pennsylvania Avenue NW serta menasihatkan orang ramai supaya mengelak kawasan berkenaan.

Perintah sekatan pergerakan di Rumah Putih kemudiannya ditarik balik.

Anadolu telah menghubungi Perkhidmatan Rahsia AS untuk mendapatkan maklumat lanjut. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!