Angka kematian di Gaza cecah lebih 72,000

GAZA - Angka kematian di Semenanjung Gaza mencecah 72,783 sejak permulaan pencerobohan Israel pada Oktober 2023, dengan majoriti mangsa ialah wanita dan kanak-kanak, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA), memetik sumber perubatan.
Sekurang-kurangnya 172,779 yang lain turut cedera.
Angka berkenaan bukan jumlah yang tepat, memandangkan ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan, tidak dapat diakses oleh ambulans dan kru penyelamat, menurut WAFA. .
Sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 11 Oktober 2025, jumlah mereka yang terbunuh dan cedera masing-masing mencecah 890 dan 2,677.
Sekurang-kurangnya 776 mayat turut ditemui di bawah runtuhan. - Bernama-WAFA
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
