Najib, Tok Mat, Zahid, Hishammuddin masih sepakat

Paparan Facebook Najib.
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memuat naik sekeping gambar bersama dengan pemimpin-pemimpin Umno di laman Facebook beliau semalam.

Pemimpin Umno yang turut kelihatan dalam gambar tersebut ialah Timbalan Presiden Umno yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Najib dalam hantaran menerusi akaun media sosial tersebut menyatakan bahawa mereka sepakat demi masa depan parti, ummah dan negara.

Sudah tentu gambar yang memberikan pelbagai reaksi itu memberikan satu gambaran bahawa pemimpin-pemimpin parti itu tetap bersatu walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Bagaimanapun, hantaran tersebut yang mendapat sebanyak 18,000 respon, 1,300 komen dan 790 perkongsian itu tiada dinyatakan lokasi dan masa gambar itu diambil.