PKP: Selangor peruntuk RM297,050 bantu orang asli

Seramai 5,941 orang ketua isi rumah di seluruh Selangor yang merangkumi 74 kampung orang asli akan menerima bantuan barangan keperluan daripada kerajaan negeri - Foto 123RF
Seramai 5,941 orang ketua isi rumah di seluruh Selangor yang merangkumi 74 kampung orang asli akan menerima bantuan barangan keperluan daripada kerajaan negeri - Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor memperuntukkan RM297,050 untuk mengagihkan bantuan kepada 22,992 orang asli di seluruh negeri ini.

Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi, Hal Ehwal Orang Asli dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian berkata, bantuan itu berbentuk barangan keperluan asas harian seperti beras, tepung, gula, susu, minyak masak dan sebagainya dengan jumlah sebanyak RM50 untuk setiap isi rumah.

Menurutnya, jumlah ketua isi rumah yang terbabit adalah 5,941orang di seluruh negeri ini yang merangkumi 74 kampung orang asli.

"Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang bersidang pada 8 April meluluskan cadangan pemberian bantuan kepada masyarakat orang asli di seluruh negeri ini bagi meringankan beban mereka.

"Peruntukan itu akan disalurkan kepada pejabat tanah dan daerah untuk diagihkan dengan kerjasama Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN), Penyelaras DUN, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Negeri Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Hee Loy Sian
Hee Loy Sian

Beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa peka dan prihatin dengan keadaan rakyat di negeri ini sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Kerajaan negeri telah melaksanakan Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Fasa Pertama pada 20 Mac yang merupakan antara negeri yang paling awal mengambil langkah proaktif dalam membantu rakyat sepanjang tempoh PKP," katanya.

Artikel Berkaitan: