Tak perlu duduk luar negara untuk jadi Master Chef

No Image Caption
A
A
A

MERAK Jalanan dengar, ramai kawan perempuan yang dahulunya tidak pandai memasak namun semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan, ramai sudah mula turun ke dapur.

Dapur yang dahulunya hanyalah hiasan kini mula berasap. Beras yang dalam bekas selalu berkutu kini cepat sahaja habis, malah bawang dan kentang yang dahulu selalu bertunas akar kini sudah jadi lauk.

Masakan tidak, orang dalam rumah asyik lapar sahaja. Kalau nak beli roti putih ke, roti gandum ke asyik habis saja di kedai. Ada kawan Merak Jalanan tu, siap buat sendiri roti putih! Hebat betul penangan koronavirus (Covid-19) ni ya!

Kalau Merak Jalanan pula, tidaklah sampai buat roti sendiri, cuma rajin juga buat pelbagai jenis cucur untuk makan sambil bekerja dari rumah. Kalau makan berlebihan bimbang pula rakan sekerja atau saudara mara sudah tidak kenal Merak Jalanan lagi.

Dalam pada itu, pesan Merak Jalanan kepada semua, ketika ghairah membeli bahan mentah di kedai, tetaplah menjaga diri anda. kekalkan jarak dan jangan lupa amalkan memakai topeng muka serta membasuh tangan dengan kerap bagi mengelakkan diri daripada terkena jangkitan Covid-19.

Ketika membeli barang-barang keperluan, janganlah memborong sehingga orang lain pula terputus bekalan ya. Merak Jalanan yakin, arahan PKP sudah pun masuk hari ke-23, jadi wakil-wakil ketua keluarga yang terdiri daripada para suami sudah pasti makin mahir dengan barang keperluan yang dipesan oleh isteri di rumah.

Sebenarnya, Merak Jalanan tumpang gembira melihat pencapaian positif kawan-kawan apabila mereka memuat naik menu di media sosial dan ada juga yang semakin mahir menggunakan perisian suntingan video di telefon pintar sehinggakan persembahan menjadi lebih menarik dan informatif. Boleh juga kawan-kawan lain berkongsi resipi dan tip memasak.

Jika dulu, Merak Jalanan selalu dengar cerita sepupu yang belajar di luar negara memasak sendiri menu harian kerana sukar mendapatkan makanan halal.

Artikel Berkaitan:

Sekarang, kita tidak perlu berada di luar negara untuk jadi Master Chef! Tahniah semua...