'Masih ada yang berkunjung ke rumah saudara-mara'

Dr Noor Hisham semasa sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
Dr Noor Hisham semasa sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melahirkan rasa kecewa apabila terdapat aktiviti pergerakan yang tidak dibenarkan masih berlaku ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dilaksanakan.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan (KKM) memandang serius kepatuhan rakyat terhadap nasihat yang telah dikeluarkan.

"Selain kenderaan di jalan raya juga bertambah, KKM mendapati ada yang berkunjung ke rumah saudara-mara yang tidak sihat termasuk mereka yang sedang menjalani pengawasan di rumah," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Mengambil contoh kes kematian ke-64 melibatkan wanita berumur 58 tahun yang dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar, beliau berkata, KKM mendapati wanita berkenaan dan beberapa individu telah meneruskan perjalanan ke dua negeri meskipun PKP telah dilaksanakan.

"Mengambil kira situasi semasa ini, KKM ingin menggesa orang ramai supaya kekal patuh kepada PKP bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Kes pulih melebihi kes positif baharu

Dr Noor Hisham berkata, setiap lapisan masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing secara bertanggungjawab.

"Pematuhan kepada ketetapan ini adalah amat penting bagi mengekang dari berlakunya penularan jangkitan yang meluas dalam masyarakat," katanya.

Artikel Berkaitan: