Tiada pelajar tahfiz positif Covid-19 di Perak

No Image Caption
A
A
A

IPOH - Jabatan Kesihatan Perak menafikan dakwaan tular kononnya terdapat pelajar dan guru di sebuah maahad tahfiz di daerah Perak Tengah yang positif koronavirus (Covid-19).

Menerusi satu kenyataan media, jabatan tersebut menjelaskan seramai 143 orang pelajar serta lima guru dari sebuah maahad tahfiz ditempatkan di Stesen Kuarantin, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan di sini pada 6 dan 7 April lalu.

Menurutnya, kesemua mereka merupakan kontak rapat kepada satu kes jemaah tabligh yang dikesan positif jangkitan Covid-19 pada 6 April lepas.

"Kesemua pelajar dan guru ini sedang menjalani proses isolasi selama 14 hari di Stesen Kuarantin dan berada dalam keadaan sihat dan mereka bukanlah kes Covid-19 positif," jelas kenyataan itu hari ini.

Sehingga kini, Perak mempunyai dua daerah dikategorikan sebagai zon merah yang mempunyai bilangan melebihi 41 kes positif Covid-19 iaitu Kinta dan Hilir Perak, manakala lapan daerah lagi berada di zon kuning kerana mempunyai bilangan kes positif kurang 19 kes dan daerah Kampar menjadi satu-satunya daerah di Perak yang masih bebas Covid-19.

Artikel Berkaitan: