MAIS salur bantuan PPE kepada PPUKM

Sumbangan yang diserahkan melalui YIDE itu termasuk topeng muka dan cecair pembasmi kuman bagi membantu barisan hadapan dalam mengekang penularan Covid-19.
Sumbangan yang diserahkan melalui YIDE itu termasuk topeng muka dan cecair pembasmi kuman bagi membantu barisan hadapan dalam mengekang penularan Covid-19.
A
A
A

CHERAS - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terus membantu barisan hadapan dalam menangani pandemik koronavirus (Covid-19) dengan menyalurkan sumbangan peralatan perlindungan diri (PPE) kepada Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) hari ini.

Sumbangan yang diserahkan melalui Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) itu termasuk topeng muka dan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer).

Pengurus Besar YIDE, Nur Mohd Razali Abdullah berkata, penyerahan sumbangan itu turut mendapat kerjasama daripada Muslim Care Global (MCG).

"Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban barisan hadapan dalam menangani wabak Covid-19," katanya.

MAIS menyerahkan sumbangan peralatan perlindungan peribadi (PPE) kepada Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) hari ini.
MAIS menyerahkan sumbangan peralatan perlindungan peribadi (PPE) kepada Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) hari ini.

Terdahulu, MAIS telah melancarkan Tabung Prihatin Covid-19 bagi membantu barisan hadapan.

Tabung itu akan membolehkan rakyat di negara ini tampil bersama-sama membantu barisan hadapan bagi mengumpulkan dana kelengkapan perlindungan diri atau personal protective equipment dan makanan.

Bantuan ini akan disalurkan terus kepada barisan hadapan yang memerlukan dan MAIS berharap rakyat yang berbilang bangsa dapat menyalurkan bantuan.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke http://fpx.mais.gov.my/epay/sedekah.php.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui pindahan wang ke nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad (12038010134961) atas nama Majlis Agama Islam Selangor. (Nyatakan: Tabung Sumbangan Covid19).